Search
Career Opportunities

KPJ PRIVACY POLICY

Article Detail

Berkhatan Cara Moden

June 05, 2013

Added By :
Dato' Dr Yoong How Fee


PENGENALAN BERKHATAN

Berkhatan adalah pembedahan kecil yang dilakukan bagi membuang kulit hujung (kulup) zakar. Mengikut Imam Syafi'i, hukum berkhatan bagi lelaki dan perempuan adalah wajib sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Daripada Uthaim b. Kulaib, daripada datuknya, bahawasanya ia datang menemui Nabi s.a.w sambil berkata: Sesungguhnya aku telah memeluk Islam. Lalu baginda bersabda, "Cukurlah rambutmu ketika kafir dan berkhatanlah". Walaubagaimanapun, bagi muallaf diberi kelonggaran masa sehingga dia benar-benar memahami hikmah dan bersedia untuk melakukannya. Selain dari satu tuntutan agama Islam, ia juga bertujuan untuk menjaga kebersihan. Berkhatan adalah satu kebiasaan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Prosedur ini dilakukan ketika kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun dan amat digalakkan ketika mereka berumur 10 tahun ke bawah bagi menghindar sifat malu dan mereka perlu bersih dari najis dan kekotoran sebelum mengerjakan solat lima waktu.



Kenapa perlu berkhatan


   Selain dari faktor tuntutan agama seperti yang dijelaskan di atas, berkhatan juga merupakan cara rawatan beberapa permasalahan pada kemaluan orang lelaki, samada kanak-kanak atau orang dewasa. Berikut adalah beberapa contoh:



1.    Phimosis

Phimosis adalah keadaan di mana bukaan di hujung kulit kulup terlalu sempit. Dikalangan bayi baru lahir, kulit kulup melekat sepenuhnya pada kepala zakar kecuali di bahagian hujungnya yang terbuka sedikit bagi membolehkan air kencing keluar. Keadaan ini adalah normal dan ia tidak memerlukan apa-apa rawatan. Sebab itulah ibubapa tidak perlu bimbang apabila mendapati kulit hujung kemaluan bayi mereka seolah-olah tertutup. Rawatan hanay diperlukan apabila ia telah menimbulkan masalah seperti kesakitan dan menggelembung ketika membuang air kecil atau berlaku jangkitan kuman.

Bukaan ini akan semakin membesar apabila usia bayi meningkat. Perlekatan kulit kulup dengan kepala zakar akan mula terpisah dengan sendiri secara perlahan-lahan ketika kanak-kanak berusia 3-10 tahun. Ketika remaja, kebanyakan kulit kulup ini terpisah sepenuhnya secara semulajadi dari kepala zakar. Parut dari kecederaan atau jangkitan kuman yang lepas akan menghalang pemisahan ini.



Download PDF